“Orang Rasa Seksi Tapi Saya Rasa Biasa Saja”

Zizi Kirana sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi. Gara-gara sering tampil dengan pakaian yang mendedahkan tubuh, Instagram penyanyi itu sering dihujani dengan kritikan dan kecaman netizen.

Tidak kurang juga ramai yang meninggalkan komen berbaur lucah. Nampaknya bukan itu sahaja, Zizi baru-baru ini mendedahkan ada orang kenamaan dan VVIP cuba menggodanya dengan meninggalkan mesej nakal dan mengajaknya untuk melakukan perkara tidak elok.

“Ada juga orang kenamaan dan VVIP yang meninggalkan mesej-mesej nakal, ajak berasmara, nak berkawan rapat dan mahu `mengangkut’ saya ke sana sini. Tapi saya buat tak layan sebab pada saya mereka itu sebenarnya gila.

“Di luar mereka kata saya jahil sebab seksi tapi sebenarnya otak mereka yang tak betul,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, Zizi turut berasa pelik dan tertanya-tanya mengapa setiap foto yang di muat naik pasti akan menjadi kecaman netizen sedangkan baginya penampilannya itu biasa-biasa saja.

“Orang rasa seksi tapi saya rasa biasa saja. Saya takkan ubah atau ikut kata orang, saya tetap akan memakai pakaian yang saya rasa selesa,” jelasnya. – Utusan Online