Mangsa banjir, tanah runtuh Sulawesi meningkat

Keadaan dibeberapa daerah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan, Indonesia

Jakarta: Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan, Indonesia meningkat kepada 68 orang, manakala ribuan lagi hilang tempat tinggal selepas kediaman masing-masing musnah, kata pihak berkuasa negara itu hari ini.

AFP melaporkan, kira-kira 6,700 penduduk di 14 wilayah kawasan itu terpaksa dipindahkan ke kawasan penempatan sementara, termasuk sekolah, khemah dan masjid.

Bilangan mangsa yang dipindahkan itu meningkat dua kali ganda sejak Jumaat lalu selepas pihak berkuasa berjaya masuk ke kawasan dan daerah terpencil.

Bagaimanapun, enam orang masih dilaporkan hilang dalam bencana terbabit.

“Ada juga mangsa yang mula pulang dan membersihkan rumah mereka selepas hujan mula reda,” kata Ketua Agensi Bencana Tempatan, Syamsibar.

Daerah Gowa adalah paling teruk terjejas apabila sekurang-kurangnya 45 penduduk dilaporkan mati.

Menurut Syamsibar, kerajaan tempatan turut menyediakan dapur terbuka dan klinik kecemasan untuk mangsa selain bantuan mula disalurkan ke daerah terjejas. – AFP

Keadaan dibeberapa daerah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan, Indonesia
Keadaan dibeberapa daerah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan, Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *