PGA Batalion 17, Tahan Lelaki Tempatan Cuba Seludup 2,256 Karton Minuman Keras Bernilai RM146,640.00

TAWAU (27 Jan) – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17, telah menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup 2,256 karton minuman keras bernilai lebih RM 146,640.00 pada tengah malam jumaat.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata bertindak atas maklumat suspek yang telah ditahan, pada kira-kira pukul 11.15 malam telah periksa sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dengan bulatan besar di KM 1, jalan Kalabakan, Tawau.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kontena belakang lori berkenaan, telah menjumpai kira-kira 2,256 karton minuman keras (bir) jenis hite (330ml) yang disyaki tidak mempunyai cukai kastam”.

“Suspek juga didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa atas muatan yang dibawa”, katanya.

Beliau berkata suspek yang berumur 59 tahun bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis Kalabakan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d), Akta Kastam 1967.

Sumber – ESSCOM

409