Badan bau busuk, dihalang naik pesawat

ADLER (kanan) dan isteri bingung apabila dihalang menaiki pesawat. – Foto Daily Mail

FLORIDA: Satu keluarga dihalang daripada menaiki pesawat gara-gara penumpang lain membuat aduan badan mereka berbau busuk.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku malam Rabu lalu ketika penumpang terbabit, Yossi Adler bersama isteri, Jennie dan bayi mereka berusia 19 bulan sepatutnya menaiki penerbangan American Airlines selepas pulang dari bercuti di Miami.

Bagaimanapun, keluarga terbabit bingung apabila secara tiba-tiba dihalang menaiki pesawat dan dihantar semula ke pintu berlepas di Lapangan Terbang Miami.

American Airlines yang mengesahkan perkara itu menjelaskan keluarga terbabit terpaksa dihalang kerana menerima aduan daripada beberapa penumpang lain yang tidak tahan dengan bau badan mereka terlalu busuk.

Syarikat penerbangan itu berkata, keluarga berkenaan kemudiannya diberikan bilik penginapan dan baucar makanan untuk semalaman dan tiket penerbangan untuk pesawat lain pagi semalam. – Agensi

ADLER (kanan) dan isteri bingung apabila dihalang menaiki pesawat. – Foto Daily Mail
276