‘Cef’ kebab bunuh, kerat anak sendiri

Seorang Cef ditahan selepas disyaki membunuh dan mengerat anaknya, Didem (gambar kecil). FOTO Asia Wire

ANKARA: Seorang tukang masak kebab ditahan kerana disyaki membunuh dan mengerat anak perempuannya yang juga penari gelek di Keslan, barat laut Turki.

Hasan Uslu disyaki membunuh anaknya Didem, 32, sebelum mengerat mayatnya selepas pertengkaran besar antara dua beranak itu, bulan lalu, lapor Daily Mail.

Dia ditahan selepas lengan anaknya ditemui dibungkus dalam surat khabar di kawasan belukar oleh seorang lelaki yang mengutip kon pain berhampiran sebuah masjid pada 9 Januari.

Polis menggunakan anjing untuk mencari sisa mayat Didem sebelum menemui semua anggota badannya yang dikerat dengan potongan kemas.

Media tempatan melaporkan, Hasan mengaku mencekik Didem sehingga mati kerana menghinanya serta isteri pada 14 Disember lalu, sebelum membuang anggota badannya yang dikerat di kawasan hutan selepas disimpan beberapa hari dalam peti sejuk beku, lapor Sputnik News.

Ibu Didem, Sati serta adik perempuannya Ozlem turut ditahan bagi membantu siasatan. Ozlem bagaimanapun sudah dibebaskan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *