Lelaki bunuh 4 ahli keluarga

Gago turut membunuh bayi yang berisua 9 bulan. – FOTO/AGENSI

Oregon (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang bertindak ganas membunuh empat orang ahli keluarganya di rumah mereka ditembak mati ketika cuba membunuh anak perempuan teman wanitanya yang berusia lapan tahun.

Daily Mail melaporkan, Mark Leo Gregory Gago, 42, membunuh kedua ibu bapanya, Jerry Bremer, 66, dan Pamela Bremer, 64, teman wanita, Shaina Sweitzer, 31, serta bayi perempuan mereka berusia sembilan bulan, Olivia Gago di rumah mereka di Woodburn, Oregon, Amerika Syarikat, malam kelmarin.

Jurucakap pejabat Sherif, Sarjan Brian Jensen berkata, semua mangsa dipercayai bukan ditembak mati dan pihaknya masih menyiasat senjata yang digunakan untuk membunuh mereka.

TEMAN wanita GAGO yang dibunuh. FOTO/AGENSI

“Kita tidak pasti apa yang digunakannya. Saya diberitahu terdapat pelbagai senjata di rumahnya termasuk pedang.

“Polis masih lagi menyiasat untuk menentukan senjata yang digunakan untuk membunuh setiap mangsa,” katanya.

Jiran mendakwa, lelaki itu dipercayai menyerang ahli keluarganya dengan kapak namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan dakwaan itu.

Manakala dua ahli keluarga yang terselamat dalam serangan itu termasuk kanak-kanak lapan tahun berkenaan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *