Kampung Pasir Putih Akan Distruktur Semula

Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari dan Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan IC dan Surat Beranak terbakar kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih di Dewan Serbaguna Putatan. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

PUTATAN: Penstrukturan semula kawasan di Kampung Pasir Putih akan dilaksanakan bagi menjadikannya sebuah perkampungan yang lebih kondusif untuk didiami penduduk.

Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari berkata untuk itu satu perbincangkan di antara pegawai daerah dan wakil rakyat di kawasan itu akan diadakan bagi mencari kaedah terbaik untuk merancang bentuk penstrukturan berkenaan.

“Rancangan penstrukturan semula itu juga sebahagian daripada usaha kita untuk menyediakan penempatan semula kepada mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih yang terjejas

“Saya difahamkan juga kawasan ini belum digazetkan sebagai perkampungan dan ia masih milik kerajaan negeri. Perkara ini perlu diberikan pertimbangan dalam penstrukturan yang akan kita lakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-

Sumber : SabahNewsToday
Artikel Asal : https://www.sabahnewstoday.com/kampung-pasir-putih-akan-distruktur-semula/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *