Guru seret murid autistik dipecat

Trina sedang menyeret anak muridnya.

Kentucky: Seorang guru dipecat kelmarin selepas rakaman video yang menunjukkan dia menyeret sambil memegang lengan murid autistik berusia sembilan tahun tersebar di media sosial.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Oktober lalu selepas Trina Abrams dirakam oleh kamera pengawasan di sekolah rendah Wurtland, daerah Greenup.

Video itu menunjukkan murid malang berkenaan diseret melintasi sekumpulan murid lain yang menunggu di luar bilik darjah.

Rakaman itu kemudiannya dimuat naik di Facebook oleh ibunya sendiri, Angel Nelson sambil meminta Trina menjelaskan tindakan buruknya.

Suri rumah terbabit menuduh guru terbabit bertindak kasar terhadap anaknya hingga mengalami kecederaan.

Katanya, doktor mengesahkan lengan anaknya terseliuh, bengkak serta lebam akibat perbuatan guru itu.

Sementara, pihak sekolah dalam kenyataannya menjelaskan mereka masih menyiasat kejadian berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *