Dah gilis lari pula

LAS VEGAS: Polis memburu seorang wanita yang mengheret seorang pemilik salun kecantikan sejauh beberapa meter dengan keretanya hingga mati ketika cuba melarikan diri daripada membayar kos rawatan kuku.

Gambar menunjukkan Nhu Ngoc dan (dalam bulatan) berlari untuk menghalang Krystal yang melarikan diri dengan sebuah kereta curi. – Agensi

Pemburuan Krystal Whipple, 21, masuk hari kesembilan kelmarin, malah ibu serta nenek suspek turut merayu wanita itu menyerah diri.

Polis memberitahu, kejadian berlaku pada 29 Disember lalu ketika Krystal mendapatkan rawatan kuku di sebuah salun kecantikan di bandar ini.

Selepas selesai membuat rawatan berkenaan Krystal membuat bayaran berjumlah AS$35 (RM144), tetapi kad kreditnya tidak diterima dan wanita itu memberitahu pekerja salun dia mahu mengambil wang di dalam kereta.

Bagaimanapun, pekerja salun mendapati Krystal cuba melarikan diri menyebabkan mereka cuba menghalang wanita berkenaan.ADVERTISING

Menyedari keadaan itu, pemilik salun, Nhu Ngoc Quynh Nguye dan suaminya, Sonny Chung terus berlari keluar untuk menghalang Krystal.

Satu rakaman kamera keselamatan yang disiarkan polis menunjukkan Nhu Ngoc, 53, melompat di hadapan kereta jenis Camaro dipandu Krystal yang kemudian disahkan sebagai kenderaan curi.

Malangnya, Nhu Ngoc terjatuh ke bawah kereta dan diseret sejauh 15 meter sebelum dibiarkan mati oleh suspek.

Selain suami, Nhu Ngoc turut meninggalkan tiga anak.

“Saya meminta maaf kerana kamu kehilangan ibu dan saya tidak boleh bayangkan perasaan kamu. Saya berharap kamu dapat maafkan anak dan keluarga saya,” kata ibu Krystal, Sharon yang ditujukan kepada keluarga Nhu Ngoc.

Dalam satu wawancara dengan stesen televisyen KTNV News itu, Sharon turut merayu supaya anaknya menyerah diri kepada polis.

“Kamu tidak boleh melarikan diri sayang, kamu tak boleh. Kamu perlu menyerah diri. Kita akan cari peguam dan selesaikan masalah ini,” rayu Sharon. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *