Tiga hektar hutan Bukit Botak, Sepanggar terbakar

Anggota bomba berusaha memandamkan kebakaran di kawasan hutan Bukit Botak di Sepanggar, Kota Kinabalu, malam tadi. Foto Ihsan Bomba

Kota Kinabalu : Kira-kira tiga hektar kawasan hutan di Bukit Gundul atau turut dikenali sebagai Bukit Botak di Sepanggar, Kota Kinabalu, terbakar, petang kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.11 petang sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Dua jentera bersama 15 anggota masih giat berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain setakat 9 malam tadi.

“Kebakaran membabitkan lalang dengan keluasan kira-kira tiga hektar,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, sehingga kini usaha memadam sedang giat dijalankan.

Difahamkan, api dan asap tebal dapat dilihat di sekitar kawasan Sepanggar.

Bukit Botak yang terletak di Sepanggar adalah lokasi ‘hiking’ popular dalam kalangan penduduk di bandar raya Kota Kinabalu. – Harian Metro

Anggota bomba berusaha memandamkan kebakaran di kawasan hutan Bukit Botak di Sepanggar, Kota Kinabalu, malam ini. Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
485