Pengarah dipecat ‘lepas’ adegan seks Jackie Chan

TEHRAN: Seorang ketua pengarah di stesen penyiaran Iran, IRIB dipecat selepas tidak sengaja membiarkan adegan seks filem dibintangi Jackie Chan ‘terlepas’ dari peraturan penapisan yang ketat di negara itu.

Pengara dan pelakon seni mempertahankan diri, Jackie Chan. – Foto Agensi

Penonton di Pulau Kish di Iran terkejut apabila stesen televisyen tempatan menunjukkan pelakon seni mempertahankan diri melakukan adegan seks dengan seorang pelacur dalam sebuah filem lakonannya.

Adegan terbabit dianggap melampaui batas di Iran, meskipun lelaki dan wanita tidak dibenarkan berjabat tangan ketika berlakon di layar perak.

Insiden itu mendapat maklum balas cepat selepas seorang penonton menyiarkan klip filem terbabit di dalam talian.

“Klip filem adegan tidak bermoral dibintangi Jackie Chan menjadi tular di media sosial seperti disiarkan Kish IRIB,” lapor agensi berita, ISNA.

“Adegan ini yang bertentangan dengan prinsip IRIB, akhirnya membawa kepada pemecatan dan teguran kepada beberapa kakitangan IRIB di Kish,” katanya sambil merujuk kepada ketua pengarah IRIB di Kish. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *