Dua maut bom meletup luar pusat membeli belah

MANILA: Komander tentera berkata, dua maut manakala 28 lagi cedera dalam insiden letupan bom buatan sendiri (IED) yang diletakkan depan pintu masuk sebuah pusat membeli belah di selatan Filipina, hari ini.

Anggota polis sedang menyiasat insiden letupan di depan pusat membeli belah di Cotabato. – FOTO/AFP

Mejar Jeneral Cirilito Sobejana memberitahu Reuters bahawa bom terbabit dipercayai buatan kumpulan militan kecil yang bersekutu dengan Daesh.

Katanya, ia meletup di sebuah pusat membeli belah di bandar Cotabato, petang tadi dan menyebabkan dua terbunuh manakala 28 yang lain cedera.

Tambahnya, bom kedua berjaya ditemui di kawasan sama.

Sobejana berkata, beliau mengesyaki letupan itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan tujuh anggota militan oleh tentera kerajaan baru-baru ini. – Reuters

183