‘Aduh sakitnya badanku…’


Beijing: Pekerja kilang melalui pengalaman ngeri namun nyata masih panjang umur apabila 10 paku besi besar tertusuk pada badannya apabila sebuah mesin robotik secara tiba-tiba mengalami kerosakan.

Paku dikeluarkan oleh doktor dari badan pekerja kilang. FOTO Imaginechina/REX via Mirror

Kejadian berlaku sewaktu mangsa dikenali sebagai Zhou, 49, sedang bekerja di tapak pembinaan di Fuzhou, China apabila paku besi berkenaan menembusi beberapa bahagian badannya.

Mirror melaporkan, mangsa bekerja pada lewat malam pada 4 Disember lalu sebelum besi berukuran panjang 30 sentimeter dan 1.5 sentimeter tebal jatuh hingga menembusinya.

Enam paku terbabit tertusuk di bahagian bahu dan dada manakala empat lagi menembusi pergelangan tangan dan lengannya.

Dia dihantar ke Hospital Xiangya dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengeluarkan semua paku berkenaan. – Agensi

135