Lima Ahli Parlimen dan sembilan ADUN UMNO Sabah keluar parti berkuat kuasa hari ini

Lima Ahli Parlimen dan sembilan ADUN UMNO Sabah diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Semua Ketua Bahagian UMNO Sabah kecuali Tenom, Sepanggar dan Kalabakan juga meninggalkan parti diikuti semua Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Puteri serta sembilan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

167