Macam ini pun ada?

FOTO Daily Mail / Jenilyn Rodriguez

TIADA jodoh tidak sepatutnya jadi masalah. Anda boleh kahwin dengan diri sendiri.

Itulah yang diputuskan oleh Jenilyn Rodriguez, seorang aktres selepas gagal menjalin hubungan intim beberapa kali, lapor Mail Online.

Rodriguez, 30, warga kota ‘Big Apple’ tidak lagi percaya dengan sebarang agama dan sebaliknya mahu meletakkan kepercayaan kepada ‘cinta kepada diri sendiri’.

Ketika mencari cincin yang sesuai, Rodriguez berkenan kepada satu cincin buatan tangan dari Iceland dan memutuskan untuk bertunang dengan diri sendiri.

Bulan lalu, Rodriguez memakai gaun berharga £240 (RM1,271) dan mahkota bunga sambil melafazkan ikrar menyintai diri sendiri dalam satu majlis di New York pada jam 3.33 petang.

Majlis berlangsung pada detik itu disaksikan 20 tetamu dan kakaknya, kerana nombor 333 bermaksud cinta sejati, kata Riodriguez.

“Ia satu peringatan supaya sentiasa bersyukur dan kita semua wujud atas suatu keajaiban,” katanya.

Rodriguez kini merancang berbulan madu dengan melancong ke tapak purba Ireland.

Katanya, mengahwini diri sendiri juga mengingatkan dirinya bahawa dia sudah memiliki semuanya dan diri sendiri adalah teman terbaik. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *