Seorang tekong, 3 nelayan hilang dekat lokasi tembakan bot tunda di Pegasus Reef

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Omar Mammah. – NSTP/Malai Rosmah Tuah

KOTA KINABALU: Seorang tekong dan tiga nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, malam semalam, berhampiran kejadian serangan ke atas bot tunda oleh sekumpulan empat lelaki lengkap bersenjata api.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata hasil pemeriksaan pasukan keselamatan menemui sebuah bot nelayan berhampiran kejadian bot tunda Magtrans II yang ditembak oleh empat lelaki memakai topeng dan bersenjata api, namun tiada individu di atas bot berkenaan.

“Ketika serangan oleh kumpulan empat lelaki bersenjata ke atas bot tunda di perairan Pegasus Reef, pasukan keselamatan kemudian menjalankan siasatan dan menemui sebuah bot nelayan dengan enjin yang masih hidup namun pelik apabila tiada orang di dalam bot itu.

“Pada hari yang sama, kita menerima laporan polis daripada pemilik syarikat bot nelayan berkenaan yang memaklumkan bahawa tekong dan tiga nelayan hilang.

“Setakat ini kita tidak pasti sama ada mereka ini diculik oleh empat lelaki bersenjata atau sebaliknya. Kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam sidang media selepas hadir Majlis Perhimpunan Bulan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kepayan, di sini, hari ini.

Omar berkata, dua daripada mereka adalah warga tempatan manakala dua lagi warga asing berusia lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun.

“Kita tidak dapat pastikan sama ada bot tunda itu diserang terlebih dahulu sebelum empat lelaki itu hilang.

“Kita juga tidak dapat mengesahkan sama empat mangsa itu diculik oleh kumpulan berkenaan kecuali kita menerima panggilan daripada suspek untuk tuntut wang tebusan namun setakat ini belum ada panggilan.

“Pasukan keselamatan sedang menyiasat secara terperinci mengenai kejadian empat nelayan yang dilaporkan hilang itu,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, bot tunda Magtrans II yang membawa 12 kru terdiri daripada dua warga Malaysia dan 11 warga Indonesia dikatakan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak menuju ke Papua New Guinea.

Sebaik tiba di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, sebuah bot warna hitam dinaiki empat lelaki lengkap bersenjata panjang jenis raifal M16 menghampiri dan menaiki bot tunda berkenaan lalu melepaskan tembakan.

Akibat tembakan itu, tekong bot tunda Didy Saviady, 40, cedera di paha selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek terbabit manakala semua kru selamat.

Omar berkata, mangsa yang terkena tembakan dari bot tunda masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu dan dalam keadaan stabil.

“Kita masih menjalankan siasatan mengenai identiti semua suspek terbabit melalui maklumat dalaman kita dan kerjasama dengan pasukan keselamatan negara jiran,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, bot tunda Magtrans II yang membawa 12 kru terdiri daripada dua warga Malaysia dan 11 warga Indonesia dikatakan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak menuju ke Papua New Guinea.

Sebaik tiba di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, sebuah bot warna hitam dinaiki empat lelaki lengkap bersenjata panjang jenis rifle M16 menghampiri dan menaiki bot tunda berkenaan lalu melepaskan tembakan.

Akibat tembakan itu, tekong bot tunda Didy Saviady, 40, cedera di paha selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek terbabit manakala semua kru selamat.

Omar berkata, mangsa yang terkena tembakan dari bot tunda masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu dan dalam keadaan stabil.

“Siasatan mendapati kejadian itu berlaku dalam keadaan gelap dan mangsa di bot itu tidak mengetahui suspek datang dari arah mana, sama ada darat atau sempadan negara jiran.

“Kita masih menjalankan siasatan mengenai identiti semua suspek terbabit melalui maklumat dalaman kita dan kerjasama dengan pasukan keselamatan negara jiran,” katanya.  Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *