Pereka rumah buluh menang RM267,877

BANGKOK: Reka bentuk rumah kos rendah daripada buluh bertujuan menangani masalah bekalan rumah mampu milik di Manila, Filipina, berjaya memenangi hadiah utama pertandingan antarabangsa rekaan bandar masa depan.

Perekanya, Earl Forlales, 23, meraih hadiah wang tunai 50,000 pound (RM267,877) dalam pertandingan Bandar Masa Depan anjuran Institut Juruukur Perunding Diraja (RICS).

Wang hadiah itu akan digunakan untuk membiayai pembinaan prototaip dan rumah berkenaan di lokasi yang sudah dikenal pasti oleh Forlales.

Rumah dikenali sebagai CUBO itu, akan dibina menggunakan buluh yang sudah menjalani proses kejuruteraan dan pembinaannya hanya mengambil masa selama empat jam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pembinaannya hanya membabitkan kos sebanyak 60 pound (RM321) setiap meter persegi.

“Idea yang ditampilkan oleh Earl walaupun dianggap ringkas, ia berjaya menarik perhatian kerana ia bertujuan menangani masalah setinggan dan kesesakan di seluruh dunia,” kata Presiden RICS, merangkap hakim pertandingan, John Hughes.

Manila yang mempunyai 12 juta penduduk dan satu pertiga daripadanya tinggal di kawasan setinggan.

Forlales bersama rekaan CUBO diperbuat buluh melalui proses kejuruteraan.

334