Pijak bawa tuah

Berpuluh-puluh ekor lembuh yang dihias dengan pelbagai hiasan memijak perserta berkenaan. – Caters News Agency

New Delhi: Sekumpulan lelaki berbaring di jalan raya sebelum dipijak sekawan lembu dalam satu ritual keagamaan yang menjadi tradisi penduduk di sebuah bandar di negeri Madhya Pradesh, India.

Dalam satu rakaman video, menunjukkan sekumpulan lelaki berbaring di atas jalan sambil menutup kepala mereka dengan tangan.

Video itu dirakamkan di Ujjain dan beratus-ratus penduduk berbaris di jalan untuk melihat upacara pelik berkenaan.

Menurut Mail Online, upacara itu bagi meraikan pesta Ekadashi yang disambut selepas berakhirnya perayaan Deepavali.

Berpuluh-puluh ekor lembu yang dihias dengan pelbagai hiasan menarik dan inai kemudiannya dihalau ke jalan raya untuk memijak lelaki berkenaan.

Bagi penganut agama Hindu, lembu adalah haiwan suci dan percaya ia akan membawa tuah kepada mereka.

Biasanya lembu di India boleh mencecah berat 137 kilogram.

Selepas upacara itu penduduk segera membantu peserta yang didapati cedera akibat dipijak lembu berkenaan.

Bagi peserta walaupun mereka cedera dalam upacara berkenaan namun percaya mereka akan pulih dengan segera. – Agensi