Shafie kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tolak saman difailkan Musa Aman. Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Hakim Datuk Yew Jen Kie turut menolak Saman Permulaan Datuk Jahid Jahim yang mencabar perlantikan kabinet negeri yang di lantik oleh Shafie.

Beliau juga mengarahkan Musa dan Jahid membayar kos masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM15,000 kepada Shafie dan Tuan Yang Di Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Keputusan 47 mukasurat itu disampaikan oleh Yew selama satu jam setengah

info lanjut menyusul

815