Waris sukar dapat maklumat mangsa

Antara barang mangsa nahas pesawat Lion Air – Foto Media Social

JAKARTA: Waris mangsa nahas pesawat Lion Air terdesak mahukan maklumat mengenai ahli keluarga mereka, hari ini, sehari selepas pesawat itu terhempas dengan 189 penumpang dan kru di Laut Jawa, pagi semalam.

Difahamkan, ramai ahli keluarga mangsa menunggu hasil ujian DNA terhadap mayat yang ditemui, susulan nahas itu.

Salah seorang daripada mereka adalah Febby Mellysa, empat ahli keluarga beliau berada dalam pesawat itu, ketika nahas. Beliau sendiri sudah beberapa kali pergi ke lapangan terbang dan hospital polis di Jakarta.

“Kamu patut sentiasa memberikan maklumat kepada ahli keluarga. Kita bercakap mengenai bagaimana kamu memberikan maklumat kepada keluarga.

“Bapa mangsa mengalami serangan jantung, dua bulan lalu. Beliau hanya menunggu dan menonton televisyen. Ia amat menyedihkan.

“Kita bukan mahukan maklumat mengenai wang (pampasan). Kami bercakap mengenai bagaimana kamu memberikan maklumat kepada waris,” katanya sambil menambah ramai ahli keluarganya yang lain tertunggu-tunggu berita mengenai operasi mencari.

Puluhan penyelam terbabit dalam usaha mencari, anggota keselamatan sudah mula menjalankan tugas ngeri mengenal pasti mayat mangsa nahas di Jakarta.

Ahli keluarga yang bersedih membanjiri bangunan hospital yang digunakan untuk mengenal pasti mangsa, bersandar atau duduk di kerusi dekat laluan masuk bangunan itu.

Ada yang juga berlindung di bawah bayang-bayang pokok berhampiran, termenung kosong atau menangis.

Sumber : AFP

Antara barang mangsa nahas pesawat Lion Air – Foto Media Social

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *