Penggal ular belit cucu

ular yang membelit budak 22 bulan.

Queensland: Seorang datuk berjaya menyelamatkan cucunya berusia 22 bulan yang sedang dibelit ular sawa sepanjang 4.2 meter dengan menikam mati reptilia itu.

Dalam kejadian Sabtu lalu di Julatten, Queensland, Naish Dobson bermain di beranda rumahnya apabila tiba-tiba dibelit ular berkenaan, lapor Daily Mail.

Ibunya Amanda Rutland menyedari sesuatu tidak kena apabila melihat reaksi kakak Naish, Evie-Blue, tiga, yang berjalan mengundur sambil memerhatikan kejadian berkenaan.

Dia terus berlari ke arah Naish dan melihat bayi itu sudah digigit di lengan kanannya sebelum ular itu melingkari badannya. Malah Amanda juga dipatuh ketika cuba menarik mulut ular yang cuba membaham anaknya itu.

Amanda berkata, dia menjerit memanggil ayahnya Ron yang bergegas membawa pisau.

“Saya memicit kepala ular itu sekuat hati namun ia tidak mengendahkan saya, malah membelit pula lengan saya. Kerana tiada pilihan, saya terus menikam ular itu empat atau lima kali sebelum ia mula merenggangkan belitannya.

“Akhirnya saya terpaksa mengerat kepala ular itu untuk melepaskan diri dan cucu sepenuhnya,” kata Ron kepada ABC News.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *