Nenek ‘gila’ bunuh, panggang mayat cucu

Seorang nenek, Carolyn Jones (kiri) ditahan polis selepas membunuh cucunya berusia 20 bulan.

MISSISSIPPI (AMERIKA SYARIKAT): Seorang nenek ditahan polis selepas dipercayai menikam mati cucu perempuan berusia 20 bulan sebelum menyumbat mayat dan memanggangnya di dalam ketuhar di rumahnya di Mississippi, Amerika Syarikat.

Perbuatan Carolyn Jones, 48, terbongkar pada Isnin lalu selepas keluarganya yang pulang ke rumah menemui mayat mangsa, Royalty Marie Floyd, kira-kira jam 7 malam.

Mereka menghubungi polis dan mangsa disahkan mati di tempat kejadian, lapor Daily Mail.

Carolyn ditahan sejurus kejadian dan didakwa atas tuduhan bunuh.

Menurut Syerif Daerah Bolivar, Kelvin Williams, mayat ditemui adik suspek sebelum dia segera memanggil polis ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah itu disahkan sebagai lokasi pembunuhan,” kata Williams pada sidang media disiarkan oleh WREG.

Pihak berkuasa berkata, mangsa tinggal bersama neneknya, manakala ibunya tinggal di tempat lain.

Selain itu, Williams berkata, dia masih belum dapat memastikan sama ada kejadian itu berpunca daripada masalah mental atau sebaliknya.

“Saya sudah bertugas selama 26 tahun dan ini kejadian paling mengerikan yang pernah dilihat setakat ini. Lebih menyedihkan apabila mangsa hanyalah kanak-kanak,” katanya.

Sumber – Agensi

Seorang nenek, Carolyn Jones (kiri) ditahan polis selepas membunuh cucunya berusia 20 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *