Kerat ibu, sumbat dalam peti sejuk

Wei Gong (tengah) mengaku tidak bersalah membunuh dan mengerat ibunya.

HAWAII: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah membunuh dan mengerat mayat ibunya yang dimasukkan ke dalam peti sejuk selepas berang dileter supaya ke sekolah.

Daily Mail melaporkan, Yu Wei Gong mengaku salah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, merosakkan mayat dan kecurian identiti ibunya, Liu Yun Gong pada September 2016.

Sementara itu, majikan Liu, Julie Kim memberitahu Star Advertiser, dia merasakan sesuatu tidak kena apabila wanita itu gagal hadir ke tempat kerjanya di sebuah spa, sehari selepas kematiannya.

Anak lelaki Liu kemudian menghubunginya memaklumkan wanita itu pergi ke pulau lain untuk beberapa bulan tanpa membawa telefon bimbitnya.

Mayat Liu ditemui dalam tujuh beg plastik di dalam peti sejuk beku di apartmen keluarga berkenaan di Waikiki, Honolulu.

Menurut pihak berkuasa, Yu menghubungi talian kecemasan pada April 2017 kerana rasa mahu membunuh diri. Ketika itu dia mengaku membunuh ibunya.

Sumber : Agensi

170