Jumlah korban tsunami Palu meningkat 1,200 orang

ORANG ramai memeriksa mayat mangsa yang terkorban dalam bencana gempa bumi dan tsunami di Palu. – Foto Reuters

 

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 1,200 orang terkorban akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, setakat petang tadi, lapor laman berita Jakarta Post.

Perkembangan terbaharu itu dilaporkan laman berita tempatan, Jakarta Post yang memetik data Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPD).

Katanya, ratusan lagi mangsa dibimbangi tertimbus dalam tanah runtuh akibat gempa bumi 7.4 magnitud, Jumaat lalu yang disusuli banyak gegaran susulan.

Sumber – Agensi/ Jakarta Post

114