Penduduk bengang… macam kemaluan lelaki

Pusat Media baru yang dikritik penduduk kerena strukturnya.

Beijing: Bangunan kontroversi di China yang sebelum ini dikutuk penduduk tempatan kerana kelihatan seperti kemaluan lelaki dijadikan ‘bahan’ dalam video palsu tular kononnya bunga api meletup dari bumbungnya.

Pusat Media Baru Guangxi New Media yang terletak di rantau berautonomi Guangxi di tenggara China di sempadan Vietnam itu mengambil masa dua tahun untuk dibina namun penduduknya rata-rata mengkritik strukturnya, lapor Daily Mail.

Malah, seorang pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan reka bentuk berkenaan menyiarkan video menunjukkan bunga api berwarna-warni ditembak dari bumbung berbentuk muncung itu.

Dalam rakaman video dimuat naik dua hari lalu di platform perkongsian video Douyin, gambar diambil dari udara menunjukkan bangunan dihiasi lampu pada waktu malam jelas tidak ubah seperti zakar.

Klip video sepanjang 14 minit itu menunjukkan bangunan berkenaan bercahaya merah jambu itu bertukar biru manakala bentuk hati ‘meletup’ di udara.

Dalam rakaman itu juga, pengguna bernama ‘He Er Bu Tong’ berkata, bangunan itu nampak ‘bodoh’ terutama apabila diiringi bunga api dan muzik latar.

Klip berkenaan terus tular di pelbagai platform media sosial China dan seluruh negara seterusnya kutukan menyebabkan lebih ramai mengutuk rekaan bangunan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Syarikat Rangkaian Penyiaran dan Televisyen Guangxi mengesahkan video itu palsu manakala bunga api di dalam klip berkenaan dihasilkan menggunakan komputer.

Sumber : Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *