ADDIS ABABA: Pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas hari ini membawa penumpang dari lebih 30 negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat penerbangan itu kepada wartawan.
Beliau berkata, mereka termasuk 32 warga Kenya, 18 warga Kanada, sembilan (Habsyah), lapan (Itali), lapan (China), lapan (Amerika Syarikat), tujuh (Britain), tujuh (Perancis), enam (Mesir), lima (Belanda), empat (India), empat (Slovakia), tiga (Austria), tiga (Sweden), tiga (Russia, dua (Maghribi), dua (Sepanyol), dua (Poland) dan dua (Israel).
Selain itu, masing -masing seorang warga negara dari Belgium, Indonesia, Somalia, Norway, Serbia, Togo, Mozambik, Rwanda, Sudan, Uganda dan Yaman.
Empat daripada penumpang yang berada di atas pesawat terbabit disenarai menggunakan pasport Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kewarganegaraan mereka masih belum dapat disahkan.
Pesawat itu berlepas jam 8.38 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole dan ‘terputus hubungan’ enam minit kemudian berhampiran Bishoftu, bandar yang terletak 60 kilometer di tenggara Addis Ababa. – Reuters
LOKASI nahas pesawat Ethiopian Airlines. – Foto AFP