PPM Sandakan Tahan Lima Kapal Ikan Menunda Di Kawasan Larangan

Antara Kapal Yang Ditahan PPM Sandakan – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

SANDAKAN : 10 Mac 2019 (Ahad) – Pasukan Polis Marin Sandakan telah berjaya menahan lima buah kapal nelayan selepas dikesan menjalankan aktiviti menunda ikan di kawasan kurang dua batu nautika dari persisir pantai berhampiran perairan Sungai Asam, Kuala Sungai Kelibong dan Kuala Sungai Pitas Kinabatangan dekat sini pada antara jam 4.00 hingga 5.30 petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, berkata ‘Menerusi operasi ‘Ops Pensura’ yang dijalankan, kapal-kapal nelayan tersebut didapati sedang menjalankan aktiviti memukat tunda di kawasan kurang 2 batu nautika dari pantai. Menurutnya lagi, semasa botronda PSC 13 menjalankan tugas operasi di perairan Kinabatangan telah mengesan kapal-kapal nelayan ini sedang leka menjalankan aktiviti menunda”.

“Dua juragan warganegara Malaysia dan tiga lagi juragan warga Indonesia berumur antara 44-54 tahun beserta anak kapal ditahan bersama lima kapal tunda serta hasil tangkapan iaitu lebih kurang 1,480 kilogram udang bernilai RM44,400.00 dan 1,210 kilogram ikan pelbagai jenis bernilai RM12,100.00. Nilai rampasan termasuk jumlah dikompaun berjumlah RM59,000.00.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985. Tambahnya lagi, bagi kesalahan pertama , pemilik kapal akan dikompaun sebanyak RM500.00, kesalahan kedua RM1,000.00 dan kesalahan ketiga RM1,500.00 dan sekiranya kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Antara Kapal Yang Ditahan PPM Sandakan – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Antara Kapal Yang Ditahan PPM Sandakan – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Antara Kapal Yang Ditahan PPM Sandakan – Foto Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *