Warisan Janji Hapus Pinjaman PTPTN Anak Sabah Jika Kembali Berkuasa

SEMPORNA: Presiden Warisan, Shafie Apdal berjanji akan menghapuskan pinjaman pendidikan termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya kembali berkuasa.

Menurutnya, rancangan itu dapat direalisasikan melalui penstrukturan semula Yayasan Sabah.

“Kalau Yayasan Sabah ada kewangan yang mencukupi, saya akan bagi biasiswa percuma kepada anak-anak Sabah.

Sekiranya hasrat itu tercapai, peminjam-peminjam berstatus anak negeri tidak lagi terbeban dengan tekanan kewangan kerana WARISAN melaksana dasar pendidikan percuma kepada rakyat Sabah pada masa hadapan.

Ini sekiranya rakyat Sabah memberi mandat baharu kepada parti itu untuk menerajui kerajaan negeri, sekaligus menumbangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRN17) tidak lama lagi.

“Saya akan mansuhkan pinjaman pendidikan pegawai kerajaan, sama ada masih berkhidmat atau sudah bersara.

“Saya juga akan ‘write off’ pinjaman PTPTN anak-anak Sabah supaya tidak membebankan mereka,” katanya pada Majlis Penerima Anugerah Cemerlang STPM di Semporna, hari ini.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *