Remaja Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit di Penampang

Pasukan bomba menjalankan operasi mengangkat mangsa yang terjatuh ke dalam parit.

KOTA KINABALU : Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh ke dalam parit sedalam 15 kaki di Jalan Pintasan Penampang, awal pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.50 pagi dan menghantar sembilan anggota bersama jentera FRT serta unit EMRS ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

Mangsa dikeluarkan menggunakan junkin stretcher dan disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.19 pagi selepas kawasan disahkan selamat.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *