(VIDEO) Muhammad Azeem Fahmi Catat 10.09s, Rekod Baharu 100M Negara

Azeem selepas memenangi acara saringan 100m di Cali.

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mencipta sensasi apabila mencatat rekod baharu kebangsaan acara 100 meter (m) di Cali, Colombia awal pagi tadi.

Pelari berusia 18 tahun itu memenangi saringan kelapan di Kejohanan Olahraga Dunia B20 dengan mencatat 10.09 saat mengatasi catatan 10.18 saat milik Khairul Hafiz Jantan yang dilakukan pada 2016

Catatan Azeem juga yang kedua terpantas daripada 60 penyertaan atlet dalam acara 100m di kejohanan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *