Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Terjun Jambatan Di Beaufort

Lelaki yang terjun sungai berjaya diselamatkan pasukan bomba. – Foto BOMBA

BEAUFORT : Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari jambatan di Jalan Baru Beaufort, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.48 petang.

Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian.

“PGO Sabah terima panggilan menerusi MERS999 yang melaporkan terdapat seorang lelaki berusia 39 tahun terjun ke dalam sungai.

“Bagaimanapun, ketika jentera dalam perjalanan ke lokasi, mangsa berjaya diselamatkan anggota skuad Pasukan Bomba Bantuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang terjun ke sungai berkenaan sempat ditarik ke tebing sebelum diserahkan kepada anggota bertugas.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.19 malam tadi,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *