Yasin Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Yasin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis bagi menghadapi dua pertuduhan kes berkaitan dadah.

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, pada Khamis atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.

Yasin, 47, didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara terus atau secara tidak langsung.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ia merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *