Kes Harian Covid-19 Kembali Menurun, 6,145 Kes Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 6,145 kes COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,390,687 kes setakat ini.

Difahamkan, kes harian baharu hari ini lebih rendah berbanding semalam iaitu 7,509 kes.

Sementara itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan secara terperinci di laman sesawang COVIDNOW.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *