
PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 6,145 kes COVID-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,390,687 kes setakat ini.
Difahamkan, kes harian baharu hari ini lebih rendah berbanding semalam iaitu 7,509 kes.
Sementara itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan secara terperinci di laman sesawang COVIDNOW.
Sehingga 17 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,145 kes (2,390,687 kes).
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 17, 2021
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost