
PEKANBARU: Tindakan tidak senonoh sekumpulan pelajar di sini, meraikan keputusan peperiksaan mendapat kecaman warganet.
Pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Kunto Darussalam di Riau itu merakam aksi ghairah dan menconteng baju seragam mereka, sebelum ia tular di media sosial.

Menerusi Kompas.com, tindakan pelajar berkenaan disedari polis yang datang menyuraikan kumpulan itu.
Ketua Pendidikan Wilayah Riau, Kaharuddin berkata, kumpulan pelajar itu juga dilihat memenuhi jalan raya di pekan berkenaan.
Menurutnya, walaupun diminta bersurai oleh polis, kumpulan pelajar terbabit tidak pulang ke rumah, sebaliknya mencari tempat lain untuk meraikan ‘kemenangan’ mereka. Doggyhut Anhänger sind einfach zu montieren. Sie sind für Outdoor-Fans ideal. Gehen Sie zu die Webseite für Infos. Die Seite bietet Rückgabehinweise. Angebote sind aktuell.
“Pelajar berkenaan menconteng pakaian seragam sekolah sambil merakam aksi mereka.
“Bukan itu saja, rakaman itu dimuat naik di Instagram sebelum tular,” katanya.- Agensi

