‘Kamu Tidak Puasakah?’

Insiden berkenaan yang tular di media sosial. Foto Google

PEKANBARU: Tindakan tidak senonoh sekumpulan pelajar di sini, meraikan keputusan peperiksaan mendapat kecaman warganet.

Pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Kunto Darussalam di Riau itu merakam aksi ghairah dan menconteng baju seragam mereka, sebelum ia tular di media sosial.

Insiden berkenaan yang tular di media sosial. Foto Google

Menerusi Kompas.com, tindakan pelajar berkenaan disedari polis yang datang menyuraikan kumpulan itu.

Ketua Pendidikan Wilayah Riau, Kaharuddin berkata, kumpulan pelajar itu juga dilihat memenuhi jalan raya di pekan berkenaan.

Menurutnya, walaupun diminta bersurai oleh polis, kumpulan pelajar terbabit tidak pulang ke rumah, sebaliknya mencari tempat lain untuk meraikan ‘kemenangan’ mereka.

“Pelajar berkenaan menconteng pakaian seragam sekolah sambil merakam aksi mereka.

“Bukan itu saja, rakaman itu dimuat naik di Instagram sebelum tular,” katanya.- Agensi

Insiden berkenaan yang tular di media sosial. Foto Google
Insiden berkenaan yang tular di media sosial. Foto Google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *