Pesawat Boeing 737 Florida tergelincir dalam sungai

PESAWAT Boeing 737 dengan 136 penumpang dan anak kapal tergelincir ke dalam Sungai St John berhampiran Jacksonville, Florida.

FLORIDA: Pesawat Boeing 737 dengan 136 penumpang dan anak kapal tergelincir ke dalam Sungai St John berhampiran Jacksonville, Florida selepas mendarat semalam, kata jurucakap Stesen Udara Tentera Laut Jacksonville.

Tiada kematian dilaporkan.

Pesawat berkenaan dari Stesen Tentera Laut Guantanamo Bay tergelincir ke dalam sungai di akhir landasan pada 9.40 malam (waktu tempatan), kata stesen udara.

Datuk Bandar Jacksonville menerusi Twitter, berkata semua penumpang dan anak kapal ‘hidup dan masih ada’ tetapi kru bekerja keras untuk mengawal bahan api yang bocor di sungai itu.

“Pesawat tidak tenggelam. Semua orang hidup dan tiada yang hilang,” kata Pejabat Sheriff Jacksonville di Twitter.

Twitter syerif berkenaan diikuti dua gambar memaparkan pesawat dengan logo Miami Air International berada di atas air cetek dan masih kekal utuh.

Miami Air International adalah syarikat penerbangan sewa yang mengendalikan pesawat Boeing 737-800.

Jurucakap Boeing berkata syarikat menyedari kejadian itu dan sedang mengumpulkan maklumat. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *