Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia

Lan meninaggal dunia akibat kanser.

Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh isteri Lan iaitu Ruby Sara Omar yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia akibat kanser.

“Iya, arwah meninggal dunia pukul 4.21 pagi. Semua keluarga ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada mStar.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun.

Lan atau Zailan Kamaruddin itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.

Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.

Allahyarham merupakan seorang pelakon yang mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 1980-an.

Lan telah membintang pelbagai filem dan drama sepanjang pembabitan sebagai anak seni.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *