PRN Sabah: Warisan Akan Buat Landasan Kereta Api Seluruh Sabah – Shafie

Shafie Apdal – Gambar Facebook Shafie Apdal

KOTA KINABALU : Parti Warisan akan membina landasan kereta api menyambungkan bandar utama seluruh Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, itu antara tawaran Warisan kepada rakyat Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ini.

Menurut Mohd Shafie, secara keseluruhan pihaknya fokus kepada membaiki kemudahan asas, mewujudkan peluang pekerjaan dan membuat industri baharu mengikut daerah yang dibahagikan dalam lima zon.

“Setiap zon mempunyai fokus industri dan pembangunan berbeza seperti hab pendidikan, pelancongan, loji kuasa, pertanian serta penternakan makanan laut.

“Dua empangan juga akan dibina di Kinabatangan dan Lahad Datu.

“Pelabuhan antarangsa turut dibina serta landasan kereta api menghubungkan Kudat, Sipitang, Keningau, Tawau dan Sandakan,” katanya ketika menyampaikan manifesto di Kota Kinabalu, pada Ahad malam.

Menurutnya, antara program bakal diwujudkan pula iaitu program sangkar ikan dan rumah walit secara percuma.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *