Gagasan Rakyat Yakin Pertahan DUN Pitas dan Pintasan

Masiung menerima cenderahati daripada Ruddy selepas merasmikan persidangan tahunan Pitas

PITAS: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas dan Pintasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah berkata, pihaknya yakin mampu meraihkan keputusan cemerlang di kawasan itu, sekali gus menjadi penyumbang tetap kerusi kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, Gagasan Rakyat Pitas kini diterajui Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ruddy Awah, sementara Pintasan diketuai Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan.

Semasa beliau merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Pitas, beliau mengingatkan ahli parti supaya tidak leka apabila berada di puncak kecemerlangan.
Sebaliknya, Masiung mahu pemimpin di peringkat akar umbi mempunyai kesungguhan tinggi untuk mencapai kemenangan bergaya.

Sementara itu, ketika merasmikan persidangan Gagasan Rakyat Pintasan di Kota Belud, Masiung meningatkan ahli-ahli parti itu supaya tidak bertindak mengikut acuan sendiri, sebaliknya bekerja mengikut arahan pucuk pimpinan parti.

Masiung berkata, setiap pimpinan parti di peringkat bahagian perlu fokus dengan tugasan masing-masing untuk memenangkan parti dan tidak terlalu menumpukan layanan kepada pembangkang.

Katanya, pembangkang hanya menabur fitnah dengan isu-isu yang berniat tidak baik. Keadaan itu sekali gus menjadikan Gagasan Rakyat dan GRS semakin kukuh sebagai kerajaan pemerintah.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *