Muda Ingin Tanding 10 Kerusi Pada PRN Sabah

Pemangku Ketua Muda Sabah, Faezrah Rizalman, berkata keahlian masih kecil di Sabah menjadikan mereka perlu kreatif berkempen secara dalam talian.

KOTA KINABALU: Muda berhasrat bertanding maksimum 10 kerusi menjelang PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun ini.

Pemangku Ketua Muda Sabah, Faezrah Rizalman, berkata fokus akan diberikan di kawasan bandar.

“Kita akan lihat kemampuan dan keadaan semasa. Jadi, mungkin kita akan bertanding di tidak lebih daripada 10 kerusi.

“Kali ini, kita cuba fokus di kawasan bandar sedikit. Sebelum ini, kami telah mencuba di luar bandar dan mungkin kali ini tumpuan akan lebih kepada kawasan yang lebih maju,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, di Sabah keahlian parti itu sekitar 5,000.

“Memandangkan kami adalah parti kecil dengan keahlian sekitar 5,000, sumber tenaga agak terhad. Oleh itu, kami terpaksa kreatif dengan kempen secara dalam talian.”

Pada PRU15 2022, Muda meletakkan calon tunggal di Parlimen Kota Marudu, namun tewas dalam pertandingan enam penjuru.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *