Lelaki Warga Asing Ditahan Disyaki Terbabit Kes Gaduh Di Sandakan

Tangkap layar video pergaduhan di tapak pesta berkenaan yang tular di media sosial.

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan yang berlaku di tapak pesta ria, di sini, beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Seorang lelaki warga asing telah ditahan bagi membantu siasatan susulan rakaman video pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di laman sosial facebook.

“Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada apa-apa laporan berkaitan kejadian itu diterima pihak polis,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Terdahulu, video pergaduhan membabitkan sekumpulan individu tular di media sosial, sejak beberapa hari lalu.

Dalam video berkenaan, semua individu terbabit dilihat bergaduh sesama sendiri dalam kesibukan pengunjung menghadiri pesta ria berkenaan.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *