Dua Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan Di Semporna

Keadaan kereta mangsa remuk di bahagian depan selepas kemalangan itu.

SEMPORNA: Dua cedera selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kubang Pinang, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.17 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda.

“Terdapat seorang lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 22 tahun yang bersama-sama menaiki sebuah kereta mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Semporna menggunakan jentera EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu serta penumpang pacuan empat roda dan sebuah kereta jenis pelbagai guna (MPV) tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang,” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *