Lelaki Ditemukan Maut Dalam Tandas Hotel Terkunci

Gambar Hiasan

TUARAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam tandas yang terkunci di sebuah bilik hotel di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi bagi melakukan operasi membuka pintu terkunci sebaik menerima panggilan pada jam 5.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba membantu pihak polis membuka pintu tandas hotel terkunci menggunakan peralatan khas. 

“Semasa pintu tandas dibuka, terdapat seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring di lantai. 

“Mangsa berumur 60 tahun yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi operasi ditamatkan jam 6.25 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *