AstraZeneca Tarik Balik Vaksin Covid-19 Di Seluruh Dunia

Gamar fail vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca.

LONDON : Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca sudah mula menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.

Menurut syarikat itu, ia juga akan meneruskan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah.

“Memandangkan pelbagai jenis vaksin Covid-19 sudah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia,” kata syarikat itu, sambil menambah ini menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluar atau dibekalkan.

Menurut laporan media, syarikat berkenaan mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin itu menyebabkan kesan sampingan seperti pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah.

Permohonan firma untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut Telegraph, yang pertama kali melaporkan perkembangan itu.

AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan Covid-19 merosot. – Reuters

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *