Pemandu Treler Maut Rempuh Tiang SESB

Pasukan bomba semasa menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tertimbus.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu maut selepas lori treler dipandunya merempuh tiang Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) di jalan raya berhadapan Kampung Gudon di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, mangsa berumur 30 tahun terbabit disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata, sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Lintas bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.33 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori trailer yang melanggar tiang SESB dan terdapat seorang mangsa terlibat dalam kejadian ini.

“Mangsa adalah pemandu lori treler dan dilaporkan tercampak keluar serta tertimbus tanah,” katanya.

Beliau berkata, pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan khas kebombaan iaitu S.O.S Tool. 

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian olek pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.47 malam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *