Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Kereta Di Beaufort

Pasukan bomba mengeluarkan kanak-kanak yang terkunci di dalam kereta di kawasan parkir Beaufort Square, Beaufort.

BEAUFORT : Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diselamatkan bomba selepas terperangkap 15 minit dalam kereta di kawasan parkir Beaufort Square, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.44 petang dan sembilan anggota dan jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati kanak-kanak lelaki terkunci di dalam kereta Proton Wira dan enjin dalam keadaan hidup.

“Pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas sehingga berjaya dalam tempoh empat minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dalam keadaan stabil dan baik ketika dikeluarkan serta diserahkan kepada ibunya.

“Operasi ditamatkan pada 5.55 petang,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *