Lelaki Maut, Pacuan Empat Roda Dinaiki Terbabas Di Jalan Tawau-Semporna

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda.

SEMPORNA: Seorang lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas sebelum terbalik di Tagasan, Jalan Tawau-Semporna di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa berumur 40-an itu ditemukan tersepit di dalam kenderaan terbabit dalam kejadian pada jam 2.16 petang.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya operasi keseluruhan kemudian ditamatkan jam3.28 petang selepas memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *