Wanita Warga Asing Curi Rantai Emas, Menyerah Diri

Suspek ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bombalai.

TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes mencuri seutas rantai emas di Kampung Langsat, Merotai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kes curi rantai emas daripada seorang pengadu.

Katanya, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau (BSJD) dan Balai Polis Bombalai digerakkan bagi menjalankan siasatan.

“Bagaimanapun, suspek wanita berumur 40 tahun itu berjaya ditahan selepas datang menyerah diri di Balai Polis Bombalai, pada jam 3.39 petang.  

“Hasil siasatan awal, suspek terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek terbabit kemudian, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dengan tertangkapnya suspek terbabit, kes berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *