2 Beradik Dikhuatiri Lemas Di Sungai Kampung Lingkudau

2 Beradik Dikhuatiri Lemas Di Sungai Kampung Lingkudau

KENINGAU : Cubaan seorang kakak untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam sungai tidak berhasil apabila kedua-duanya dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Lingkudau, Keningau semalam.

Ketika kira-kira 5 petang itu berlaku ketika mangsa, Azila Jabar, 12, dan adiknya Arlina, 9, dipercayai bermain berhampiran tebing sungai berkenaan.

Arlina dikatakan tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai sebelum cuba diselamatkan kakaknya namun kedua-duanya hilang dalam air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.07 petang.

“Bilik kawalan BBP Keningau lapor terima panggilan terdapat dua kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas di sungai.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba bersama polis menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan pencarian di bahagian permukaan di lokasi kejadian,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, sehingga kini kedua-dua mangsa masih gagal ditemui.

“Operasi SAR masih dilakukan oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *